Campurtangan Hakim-hakim Tertinggi dalam Kes Liwat Kes liwat Anwar Ibrahim II

Pada 14 Feb 2019, hakim Hamid Sultan Abu Backer dalam satu affidavit[40] mendakwa hakim-hakim tertinggi negara berkali-kali memanggil panel hakim Mahkamah Rayuan kes perbicaraan Liwat II Presiden PKR Anwar Ibrahim dan memberi arahan tindakan yang perlu dilakukan[41]. Berdasarkan affidavit Hamid Sultan, para hakim tertinggi yang disebut adalah yang dilantik sebelum Pilihanraya Umum ke 14 berlangsung.

Di dalam suatu perjumpaan makan tengahhari sebelum Pilihanraya Umum ke 14, para hakim menyatakan kerisauan tentang kemungkinan mereka akan menghadapi tribunal jika Pembangkang (Pakatan Harapan) memenangi pilihan raya[42].

"Hakim (Tertinggi Mahkamah Rayuan) tersebut memberitahu saya bahawa koram Mahkamah Rayuan telah dipanggil ke ruang hakim tertinggi berkali-kali dan diberi arahan atas apa yang harus dilakukan[41].

"Terdapat lebih banyak lagi yang saya ingin katakan berhubung dengan ini, tetapi saya akan menyimpannya untuk mengatakannya kepada RCI (suruhanjaya siasatan diraja)," katanya dalam afidavit berkenaan[41].

Badan kehakiman telah membuat laporan polis berkaitan affidavit Hamid ini[43]. Malah Tun Mahathir telah bersetuju untuk menubuhkan SuruhanJaya Di Raja untuk menyiasat dakwaan affidavit ini[44].

Rujukan

WikiPedia: Kes liwat Anwar Ibrahim II http://www.astroawani.com/berita-politik/prk-port-... http://bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=35287... http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=3... http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=3... http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=3... http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php... http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php... http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php... http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php... http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/news_lite.php...